Assalamualaikum wmt,
Blog ini lahir selepas saya memikirkan bagaimana untuk memasarkan produk yang jarang-jarang diperkatakan oleh muslim dunia sedangkan amalan bersiwak menggunakan kayu sugi merupakan sunnah rasulullah yang diajarkan kepada ummat muslimin sejak lama dulu. Memang tidak dinafikan pemakaian dan penggunaan berus gigi dan ubat gigi menjadi pengganti kepada cara kita membersihkan gigi dan mulut di zaman moden ini secara meluas. Antara sebabnya ialah ianya mudah dan senang ditemui dikedai-kedai kecil sehinggalah di pasaraya besar. Dahulu pernah juga kita terdengar ibu, bapa, datuk dan nenek menggunakan arang sebagai bahan membersihkan gigi. Terkini, sudahpun terdapat berus gigi yang bersalut arang.
Usaha membuka blog ini juga lahir selepas saya cuba untuk mengiklankan kayu sugi di sebuah laman iklan percuma gagal dibalas oleh pengendali laman tersebut. Niat di hati ini untuk memberi kemudahan kepada muslimin khususnya di negara ini bagi mendapatkan kayu sugi ini segara pos.
Cetusan pemikiran saya untuk menjual kayu sugi ini setelah selesai menonton video youtube yang dikirimkan seorang rakan (Warikh). Ternyata selama ini saya yang hanya tahu kayu sugi tetapi tidak tahu menggunakan dengan betul. Video itu amat berkesan menunjukkan penggunaannya.
Telah banyak cerita menganai kelebihan bersiwak. Sunnah ini diamalkan oleh para sahabat rasulullah. Menggunakan dan menggamalkankannya adalah suatu keberkatan.
Semoga blog ini menjadi tempat untuk bercerita berkenaan siwak dan bersugi serta kelebihannya. Saya juga akan menawarkan jualan kayu sugi ini bagi kemudahan muslimin sekalian secara pos. Insyallah.
Sekian terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan