Ahad, 27 Oktober 2013

Kelebihan Bersiwak/ Bersugi.


KELEBIHAN BERSUGI


"Bersugilah kamu,sesungguhnya di dalamnya terdapat kebaikan untuk mulut dan keredhaan dari ALLAH S.W.T." Sabda Rasulullah S.A.W Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A
Kayu Sugi diperbuat dari akar pokok "Araak"(Salvadora Persica).
Hikmah dan faedah
~Membersihkan gigi,lidah dan mulut.
~Melindungi dari kerosakan gigi.
~Menguatkan gusi dan gigi.
~Menghilangkan bau busuk mulut.
~Menambah selera makan.
~Mencerahkan mata.

Diriwayatkan sepotong hadis, solah yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solah yang dikerjakan tanpa bersugi. Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda, hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi kerana bersugi mempunyai 10 faedah:

1) membersihkan mulut
2) menjadi sebab keredhaan Allah s.w.t
3) menyebabkan kemarahan syaitan
4) Allah dan para malaikat mengasihi orang bersugi
5) menguatkan gusi
6) menghilangkan gelema
7) mewangikan mulut
8) menghapuskan safra' (sejenis penyakit)
9) menguatkan pandangan mata
10) menghilangkan bau busuk mulut

Selain daripada semua kelebihan di atas, bersugi adalah sunah Rasulullah s.a.w. (Daripada kitab Munabihat karangan Hafiz Ibnu Hajar).
Para ulama mencatatkan terdapat 70 faedah dalam bersugi, salah satunya ialah dapat mengucapkan kalimah syahadah ketika meninggal dunia sebaliknya terdapat lebih 70 kemudaratan dalam candu atau dadah. Salah satu kemudaratan candu ialah lupa kalimah syahadah ketika hendak meninggal dunia. (Fadhilat Solah susunan Maulana Zakariya).

Adab bersugi
~Niat bersugi untuk kebersihan diri dan keredhaan ALLAH S.W.T.
~Baca BISMILLAH dan SELAWAT.
~Basuh berus sugi sebelum dan selepas digunakan.

JANGAN!
~Baring semasa bersugi.
~Diletak melintang/berbaring.
~Guna kedua-dua hujung berus.
~Bersugi/simpan kayu sugi di dalam tandas.

Masa
~Sebelum tidur.
~Sebelum solat(amat digalakkan).
~Sebelum dan selepas makan.
~Semasa bermusafir.
~Semasa membaca AL-QURAN.
~Bila mulut berbau.
~Zikrullah.
~Sebelum menghadiri perjumpaan.

Petua
Sakit gigi? Senang sahaja.
Bersugi macam biasa.Bila berus sugi sudah lembut,tekapkan di tempat yang sakit. Urut dan kemam sambil selawat dalam hati.InsyaALLAH akan hilang serta merta.Amalkan selalu,tawakkal, InsyaALLAH sakit gigi akan sembuh.

INFO SAINS-Kandungan Semulajadi
Sodium Chloride,Potassium,Chlorides,Calcium Oxides,Chlorophyll,Sodium Bicarbonate,Flouride,Silica,Sulphur,Tannin dan Vitamin C.

Tahukah Anda?
Kajian klinikal yang dilakukan oleh Jabatan Sains Pergigian(Pencegahan),Universiti King Saud,Arab Saudi pada 2003 menunjukkan amalan bersugi mempunyai khasiat perubatan untuk melindungi dari plak,gusi berdarah,gigi haus dan kesakitan gigi.

Kredit kepada bloger Ashraf Azahan atas maklumat di atas.
http://deblogashraf.blogspot.com/2012/02/kelebihan-bersugi.html
 

Khamis, 24 Oktober 2013

Menghidupkan sunnah

Assalamualaikum wmt,

Besarlah harapan saya agar amalan bersugi ini dapat dihidupkan oleh ummat muslimin hari ini. Agak sedih juga bila tidak melihat dipasar-pasar raya kelibat kayu sugi ini. Maka terhad jugalah untuk kita menggamalkannya. Harapan saya agar suatu hari nanti kayu sugi ini dapat dibekalkan diseluruh pelosok negara ini. Insyallah.

Baginda bersabda:
"Barang siapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnahku, sehingga para manusia mengamalkannya, maka dia akan mendapat pahala yang mengamalkannya, tidak berkurang sedikitpun pahala mereka" (hadis riwayat ibnu majah).


Nabi s.a.w bersabda maksudnya : “Ada empat perkara yang termasuk sunnah para Rasul, iaitu; perasaan malu, memakai wangi-wangian, bersiwak, dan berkahwin (menikah). 
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, (no. 1086) di dalam kitab an-Nikah)


Harapan saya usaha ini mendapat sokongan kalian. Terima kasih.

Tempahan pertama diterima

Assalamualaikum wmt,

Hari ini saya ingin ucapkan terima kasih kepada Rozie dan Aishah yang telah memberikan sokongan awal dengan tempahan yang dilakukan. Penghantaran telah dilakukan semalam dan diharapkan ianya akan sampai hari ini.

Sekian terima kasih.

Rabu, 9 Oktober 2013

Video penggunaan kayu sugi

Assalamualaikum wmt.

Berikut adalah video yang menunjukkan cara bersiwak menggunakan kayu sugi. Ianya mudah dan praktikal. Video ini telah dihantar seorang rakan saya. Terima kasih buat rakan saya yang menghantarkan video ini. Terima kasih juga kepada minah ini yang menunjukkan cara mudah untuk bersiwak. Harap kita dapat mengamalkan sunnah ini.


Video ini juga menarik.


Permulaan

Assalamualaikum wmt,

Blog ini lahir selepas saya memikirkan bagaimana untuk memasarkan produk yang jarang-jarang diperkatakan oleh muslim dunia sedangkan amalan bersiwak menggunakan kayu sugi merupakan sunnah rasulullah yang diajarkan kepada ummat muslimin sejak lama dulu. Memang tidak dinafikan pemakaian dan penggunaan berus gigi dan ubat gigi menjadi pengganti kepada cara kita membersihkan gigi dan mulut di zaman moden ini secara meluas. Antara sebabnya ialah ianya mudah dan senang ditemui dikedai-kedai kecil sehinggalah di pasaraya besar. Dahulu pernah juga kita terdengar ibu, bapa, datuk dan nenek menggunakan arang sebagai bahan membersihkan gigi. Terkini, sudahpun terdapat berus gigi yang bersalut arang.

Usaha membuka blog ini juga lahir selepas saya cuba untuk mengiklankan kayu sugi di sebuah laman iklan percuma gagal dibalas oleh pengendali laman tersebut. Niat di hati ini untuk memberi kemudahan kepada muslimin khususnya di negara ini bagi mendapatkan kayu sugi ini segara pos.

Cetusan pemikiran saya untuk menjual kayu sugi ini setelah selesai menonton video youtube yang dikirimkan seorang rakan (Warikh). Ternyata selama ini saya yang hanya tahu kayu sugi tetapi tidak tahu menggunakan dengan betul. Video itu amat berkesan menunjukkan penggunaannya.

Telah banyak cerita menganai kelebihan bersiwak. Sunnah ini diamalkan oleh para sahabat rasulullah. Menggunakan dan menggamalkankannya adalah suatu keberkatan.

Semoga blog ini menjadi tempat untuk bercerita berkenaan siwak dan bersugi serta kelebihannya. Saya juga akan menawarkan jualan kayu sugi ini bagi kemudahan muslimin sekalian secara pos. Insyallah.

Sekian terima kasih.